entah apa je aku mengarut.

sehabis baik aku lakukan untuk lupakan semua yang membelenggu aku saat ni.. sekuat hati aku, aku tekadkan semua yang terkukuh dalam hati hanya untuk mencari ilmu dan keputusan yang aku dambakan. tiap-tiap hari, aku cuba untuk menguatkan semangat supaya aku tidak terganggu dengan mana-mana masalah sekalipun. tiap kali ada masalah, aku cuba untuk bawa ke tepi dan cuba untuk lupakan semuanya supaya semua orang nampak aku kuat dan takkan risaukan aku lagi supaya aku lebih berdikari dan mampu berdiri atas kaki sendiri. tak mengharapkan orang lain sebagai pembantu aku. aku sedar, apa pun perubahan yang aku mahu lakukan , semuanya harus bermula dari diri aku. aku sebagai pemula dan aku juga yang bakal mengakhirkan semuanya. takkan berganjak nasib seseorang ke arah yang lebih baik apabila tiada perubahan yang dilakukan olehnya. ke mana pun aku cuba melangkah, hanya satu impian dan matlamat aku. mencapai apa yang mampu membahagiakan orang-orang sekeliling aku, terutamanya ayah dan umi ku yang banyak berkorban, kepada Allah yang memberikan rezeki yang tersangat luas kepada aku, dari segi kesihatan akal, fizikal dan juga sumber kewangan.

aku masih lagi berlari-lari, mencari cahaya yang ditujukan untuk aku supaya aku selalu berusaha untuk tinggal dalam cahaya, bukan nya kelam yang memaha jiwa dan dunia aku. hidup ku bagaikan seutas benang yang pabila baru dibeli, ianya bergulung. tapi bila mahu digunakan, aku terselak jauh dan panjang. mcm tulah hidup.. diselitkan dicelah-celah kain yang mahu dijahit. macam tu jugaklah diri ku yang berselok belok dalam menjalani kehidupan yang tidak tahu ape dihadapannya. hanya mampu terus dan perpatah balik adalah mustahil sama sekali.

apa yang kau cari dalam hidup kau? kau mencari sesuatu yang tidak pasti..? sedarlah kau budak. matang lah kau budak.. hilangnya aku tidak merubah apa-apa. hilangnya ilmu dan ibu bapa mu yang bakal merubahkan segalanya yang bermian dikepala mu.. bersedia lah dalam apa jua keadaan yang bakal menjelma.. teruskan usahah untuk berubah dan membuat perubahan kerana ape yang diaturkan untuk kau pada masa akan datang adalah sangat bernilai kerana ianya mengajar sesuatu benda yang tak mampu dikecapi oleh orang lain. apa yang kau lalui, adalah yang paling indah walaupun pahit untuk kau telan , walaupun satu benda yang terjadi. tapi sedarlah kauu... cepat lahs edar.. umur makin meningkat maknanya mati kite juga makin dekat..tidak sekarang, akan datang,

apa lagi yang aku mampu tolong? ape lagi yang kau harap aku lakukan untuk kau.. aku tidak mampu merubah apa-apa sebab hanya kau yang mampu untuk lakukan pembaharuan pada diri sendiri. pergilah.. berganjaklah dari tempat yang makin tenggelam dengan jejak kaki orang yang berpusu-pusu.. kuatlah kauu..untuk tempuh semua yang bakal kau tempuh didunia nie. kalau nanti tiada siapa yang ada untuk kau. kau kena ingat, kau x pernah berseorangan, Allah bersama kau.. kau akan lebih kuat bila selalu akrab bersama-Nya.

6 januari baru nk tulis azam..apa daaaaaa... haha..


salam sayang semua!!!! haaaaaa.. petang2 nie..sorang2...syok jugak kalo naip-menaip nie.... hehehe.....time yang best untuk meluahkan rase hati nie..tgh mlm and petang2 cm ni... haaaa...sesuaaaai sangat der... ala dekat-dekat kul 6 cm ue.. sesuailah kan...matahari pun sejuk2 suam je...hehhee... kan3? okay..aku tahu korang x tau..ni aku just nak share2 lah nie.petang nie..menghadap tasik yang ade kat bawah ue.....(aku kat dlm kolej tingkat 4).. hehehhee..jap ag aku pertontonkan gamba nye ea.. tgu jelah bile aku dah siap taip bende2 nie....

bukan nie dah januari dah...bukan 2012 ok...2013 OKAYYY!!!???? hehehee.... alhamdulillah...dah 2013 dah pun and aku , aku masih ade nyawa mcm ape yang selalu aku harapkan untuk tiap-tiap tahun.. hehehe... kenapa aku happy sangt? aku happy ke...? jap ea..aku tanye pakcik postman yang baru lalu tu... HAHA.. mane ade..aku biase-biase jelah... cume rase seronok lah..dah seminggu aku menjalani kehidupan as student pada tahun 2013...hehe... so far alhamdulillah.... tiada lagi yang mencabar kewibawaan aku dan juga ketabhaan aku...sume sama rata je... pada aku lahh.....and kesihatan aku pun baik-baik saja.. xdelah pada tahap superb...but..oklah kannn...=)


semua orang tanye aku azam aku tahun ni .... aku pun cam terpinga-pinga je... ape ek aku nk tulis...azam aku maksudnya bende yang aku nak kejar dalam tahun ni lah kannn.. ermm..let me check first...mestilah pointer yang makin baik dari sem lepas...insyaAllah..

untuk sem kali dan sememangnya sem terakhir aku.. so..aku nk all out untuk semua subjek yang aku belaja kat sini..aku x mau leka2 cm dulu agi....cam awal2 dulu aku agak kezutan sikit..hahha..tapi kali ni..aku kene teruskan semangat aku.cita-cita aku.. kuatkan segala pertahanan yang dah aku bina dari rumah lagi.... aku nk berjaya untuk kali ni... sem ini....bukan aku nak lawan dengan orang lain.. tapi aku nak lawan dengan diri aku...aku janji pada diri ni yang aku akan buat yang terbaik untuk semua subjek aku.. yang ade 8 ue.. yang banyak ue.... aku akan usaha kan untuk jadi lebeyh baik dari sekarang...dari sem lepas...

sem lepas, aku tak berapa nk shine up...but kali ni....dengan semangat dan juga sokongan yang ade untuk aku...aku akan terus menerus berusaha mencapai cita-cita aku untuk menjadi cikgu bahasa inggeris..seperti ape yang aku mahukan dari aku form 2 sampai skunk... kaki aku selangkah dah masuk ke dalam dunia yang aku nak...lagi selangkah...aku akan berada dlm dunia yang aku mahukan..insyaAllah..aku akan buktikan yang aku mampu dan aku akan buat yang paling baik...selagi aku bernyawa..akan aku kejar ilmu sebaik mungkin..

aku sedar sekarang bukan nya zaman sekolah..cikgu main suap...semuanya crik sendiri...dan sejak daripada sini..aku sedar... cara pembelajaran dah mula berasingan... hermmm...aku kene cepat2 berubah... sem kali nie..aku mesti jadi

-orang yang lebeyh tersusun, organized.
-orang yang lebeyh bersemangat dan sentiasa gembira. (sbb bila kita happy, kita akan mudah menerima ilmu)
-orang yang ramah dengan semua orang.(orang pun suke nk berkawan dengan kita)
-orang yang sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik.
-orang yang selalu redha dan bertawakal setiap kali selepas berusaha.
-orang yang menjaga pertuturan dan juga adab sesama manusia.
-orang yang menjaga hati orang lain jugak.
-orang yang sentiasa bersabar dan tabah dalam apa situasi sekalipun.
-orang yang lebih berdikari dan jugak berani.
-orang yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup.

 dan yang terakhir aku nak jadi seorang yang lebih dekat dengan Allah berbanding dulu,bukan aku nk cakap aku x jaga hubungan aku dengan allah, tapi mungkin aku agak culas.. so kali ni..kite kene lah buat improvement kan... sebab aku tahu, segala yang telah dan bakal terjadi pada aku, adalah kurniaan dan aturan Allah. Dan apa yang aku yakin, aturan/rancangan Allah adalah aturan/rancangan yang terbaik sepanjang hidup aku.

haaaaaaaa....banyak x azam aku??? mcm banyak je kannn..... boleyh ke aku capai semua nie... dapat kah aku??? jeng-jeng-jeng.......haaaa....adakah saya berjaya? hermmmm..... insyaallah.. bila mana aku kata aku akan berusaha maknanya aku nk and akan buat lah kan...so...insyaallah... dengan segala usaha yang akan aku curahkan untuk hidup aku kat sini...aku akan cuba sedaya upaya aku... bukan untuk orang lain.. tapi untuk UMI and AYAH yang sentiasa ada untuk aku and yag telah banyak bergadai nyawa, berkorban untuk aku... hanya dengan pencapaian aku je aku dapat balas semua jasa-jasa dyowang... ni jelah yang aku mampus balas..nk bagi rumah sebiji.. belum sampai kudrat lagi... huhuhu.... 

only for my mom, and my dad.. I do all these thing for you!!!! saya sayang umi dan ayah saya.
 nampak x sweetkan situ... hahaha...



all for one.. only for my future!! selangkah sudah aku kat sini..x kan aku berundur.....semangat... kau jgn lari-lari dari aku.... sentiase dengan aku auuu.. jangan hilang-hilang plak..sebb dengan kau je aku boleyh teruskan cita-cita aku.. sesama kita melangkah ea... yeahh!!!!!!!

salam sayang:
Iman Najjwa


Kisah Sekeping Hati


Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. tidak carik walau sedikit pun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai berasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakan semakin kuat meuar-uarkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah-olah dia mahu membicarakan sesuatu.

"Wahai anak muda, mengapa ku lihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?" Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh sebahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

Tertanya-tanya

"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka. Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar," tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarkan dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaan, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

"Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami," panjang lebar bicara orang tua itu. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu,tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluangdan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar diisi.

"Nah, sekarang fahamka engkau tentang kecantikan sejati?"si tua mengakhiri kata-katanya.

"Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka dihati pemuda itu.





 Sungguhpun ia sesuai,ia tidak sempurna, kerana ada beberapa kesan patah. Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah daripada sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai yang terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.


Adaptasi : Buku Cinta Tiga Rasa.
Ditulis semula : Iman Najjwa