Adakah akan kekal seperti dahulu?


hye sayang sekalian...lame dah aku x update kat blog ni kan..maaflah...aku ade je bnyk citer yang nk disharekan bersama tapi aku nie..haishhh... malas nak bukak plus!!! tenet cm siput... so better aku tulis dlm diari jew... so guys.... lets move on k.. hehhe... nak kesahkan nie...

tadi aku nak mitc ngan kawan aku, tapi nampaknya hajat kami gagal.. tapi x kesah lah itu... ape yang terlintas dalam pale aku adalah satu perkara... meyh sini den cito.. hehe...

cam ni, mase aku tgu bas dari alor gajah sentral ke melaka sentral..aku ternampak seorang perempuan tua jalan sambil memegang tangan cucunya, seorang budak lelaki. nenek tu x delah tua mana dan aku assume yang dye seorang yang berpelajaran.. (buktinya, dia duk sebelah aku, lepas ue die ckp on the phone ngan husband dye gune I and YOU.. woooo...up to date gile!!) tu lah bukti yang aku ade... but bukan itu kesah nye.. meyh aku terangkan lagi.. then.. budak kecik tu, nak makan waffle. nenek tu bangun and pergi ke kedai yang ade dlm alor gajah sentral ue.. budak tgu untuk berjalan dengan memaut tgn nenek. hanya berseluar pendek berwarna tanah dan berbaju kuning cair..


aku rase adegan yang orang anggap bende biasa itu mengajar aku satu nilai yang aku rase susah untuk diperolehi... aku cume berfikir.. adakah nanti, bila kanak-kanak lelaki itu dewase, dia akan membuat perkara yang same, menunggu seorang tua bangun dari bangku dan sudi memegang tangan si tua.. bayangkan? adakah ianya akan berlaku... berhenti sejenak dan berfikir....hurrrrmmmmm...

kenapa aku menyoalkan soalan biasa sedemikian? kerana rata-rata sekarang ini, susah untuk kita melihat anak muda yang sudi memegang tangan tua ibu bapa atau pun datuk nenek mereka. jiwa muda dihabis dan digunakan sepenuhnya, tanpa mengingati apa yang telah mereka lalui sebelum ini. ibu bapa yang sudah tua, dibiarkan di belakang..tangan yang bukak halal suka dipegang, tapi tangan yang berpahala jika dipegang tidak pula dia memegangnya. adakah manusia sekeliling aku perasan akan hal ini?? adakah mereka peka dan berfikir sesuatu atas ape yang mereka lihat...?? ada, tetapi tidak semua... hanya segelintir sahaja. =)

haaaaaa.... aku cume berharap, kalau nanti budak kecil itu membesar, dia akan ingat semua kenangan dia bersama si penjaga tua yang sentiasa bersamanya ketika kecil. secara personal, aku sendiri merindui saat aku kecil bersama mereka-mereka yang sering menghabiskan masa dengan ku.. sepupu-sepupu ku, arwah datuk dan nenek ku, sungguh melihat peristiwa tadi, hatiku runtun lalu terus merindui mereka yang jauh didepan mata.. bila semakin besar, usia meningkat dewase, perpisahan akan berlaku jua. walau pun x sekerap selalu.. dan aku sering je pulang ke rumah... perasaan rindu tetap tebal dalam hati ini... kerana jiwa ku, nafas ku, hidup , mase kecil ku..keluarga ku, dan dia; orang-orang tua..yang sentiase berada disamping kami... mengajar kami apa itu hidup, membenarkan mengisi mase kanak-kanak kami sebaiknya, agar kami tidak sesal sedikit pun diwaktu usia muda kanak-kanak..



berlari sambil berketawa, duduk dan bermain, tanpa perlu memikirkan hal dewase, hanya gembira, seronok dgn hubungan antara satu sama lain, kawan-kawan tanpa diskriminasi... walaupun tidak kenal, tetapi masih lagi mampu untuk ceria dan tersenyum... jika nak dibandingkan dengan usia kita yang sekarang.. orang yang kita tidak kenali itu, asing bagi kite... hati-hati mula terpalit dalam jiwa kerana kita tidak kenal dia.. dan dye tidak kenal kite... itu yang tersimpan sebenarnya... kenapa kita tidak mampu untuk jadi seperti kanak-kanak yang selamba menepuk bahu, mengajak bermain walopun tidak pernah bersua muka. bezanya kita yang dahulu, yang tidak mengira siapa,yang berani mencari kehidupan kanak-kanak, dengan kita yang sekarang, yang mudah takut, berhati-hati dan sering berteka teki adakah dia boleh menjadi kenalan yang terbaik untuk kite... masih terfikir??? fikirkannn...

aku masih teringat pada satu saat dulu, atuk datang dengan moto buruknya... menunggu aku pulang dari sekolah agama, berlari aku mendapatkan atuk yang sudah pun setia menunggu ku,senyuman x pernah lekang dan jeritan "atukk" akan setiap hari aku perdengarkan untuk atuk..menandakan aku tidak sabar untuk dibawa pulang ke rumah setelah selesai waktu persekolahan...aku pulang pada pukul 6.30 ptg. atuk tidak pernah lekang dengan senyuman pada setiap kali dia mengambil aku pulang dari sekolah agama..dengan moto itu jugalah kami bersiar-siar selepas waktu sekolah... dan sampai sekarang..aku akan sayu melihat moto yang berjasa kepada dahulu..kini tidak mampu lagi digunakan.... atuk akan membawa aku pulang dengan senyuman sambil menyanyi di atas motor buruknya yang sehingga kini tersimpan diam dirumah....

ya Allah....aku merindui saat tu, atuk akan bawa aku pergi ke taman, membelikan aku gula-gula hacks bersampul merah... yang tersangat pedas...namun sehingga kini...itulah gula-gula kesukaan ku....walaupun orang kata gula-gula tu gula orang tua....aku...akan setia menyukainya..kerana itulah juga kenangan yang aku ada bersama orang tua yang pernah menjaga ku...hacks dan gula-gula cofee...menjadi kegilaan waktu kecil...dan setia menjadi kegemaran ku sehingga kini.. atuk akan berhenti disebuah taman permainan, dan memberikan keizinan untuk aku bermain disitu sedangkan dia... akan mengambil beg sekolah ku, memegang dan duduk dibangku, berbual dengan kawannya yang berlainan kaum...atuk sangat ramah... dan tidak pernah takut pada orang....keramahannya menjadikan dia dikenali dan dihormati.. atuk sangat berjasa pada zaman kecil ku... aku yang hidup dalam dunia kampung dan kecil ku....atuk dan mak (nenek) yang selalu berada disisi kami (aku dan sepupu yang lain)...kami adik beradik, sepupu sepapat, sangat rapat dengan orang tua tersebut....

itu kisah atuk, ini pula kisah mak (nenek) yang setia tgu dirumah... setelah pulang dari sekolah ,rumah merekalah menjadi tumpuan ku...aku dan sepupu yang lain akan makan tengahari disana...aku hidup dengan masakan orang tua tersebut... daripada dia masak berdiri... sehinggakan dia hanya baring dan mengarahkan kami ketika memasak...cara masakannya, rasa nya...masih lagi segar dalam ingatan ku. dia yang sering bermain dengan jari-jari kuu... mengusap dan sering mengatakan bahawa jari ki cantik dan panjang..setiap kali dia mengatakan sedemikian... dia akan tersenyum dan aku masih lagi ingat cara senyumannya...tidak akan luput dari ingat cara die mngusap jari-jari ku...memeluk ku.... bermain dengan jari-jari ku sambil baring... orang tua yang selalu dekat ketika ketiadaan umi dan ayah...mereka yang mendidik ku menjag seorang yang ingat akan asal usul...mendidik ku dengan cara kampung... agar ingat tentang dari mane kite membesar....


aku hanya salah seorang dari cucu mereka yang pernah hidup, tinggal, bermanja dengan mereka... sama-sama menjaga antara satu sama lain..mak akan risau bila salah seorang dari kami tidak pulang ke rumah setelah waktu maghrib.... selalunya..dia akan duduk bersama kami...melihat kami bermain diluar... menunggu di atas tembok dedepan rumah sambil makan biskut dan juga air kopi kosong...rutin ku semase kecil...tak de satu pun yang luput dalam ingatan...dan sejak itulah...kopi menjadi air kesukaan ku. sangat kekampungan...namun x kan aku tegar buang kenangan itu dari ingtan..... kenangan aku bersama mereka...x pernah aku lupakan..

saat mereka meninggalkan aku, hanya akuuu...aku yang tidak mampu berhenti menangis...menangis. dan menangis....seakan tidak rela mereka pergi dari hidup ku...walopun zaman kanak-kanak ku... dia marah, dia memukul......namun jauh dalam hati mereka aku tahu.... mereka masih sygkan aku...mendidik dengan cara yang sgt berkesan sehingga sekarang...sekarang...situasinya sgt berbeza....kami (sepupu2) berpecahhh.. membawa haluan masing-masing.. menerusan tugas sebagai anak...mencari ilmu di setiap pelosok dunia.... hubungan kami semakin jauh.... tidak serapat kami mase kecil...kerana semua sedang dalam proses mencari hidup masing-masing...jauh sudah perjalanan kami...makin jauh, dan akan jauh...



sekarang...semuanya berubah...walaupun mereka meninggalkan aku jauh dari dunia....aku tahu....mereka  masih mendoakan kmai..kejayaan kami..dan selalu menginginkan yang terbaik untuk kami...hasil didikan mereka akan sentiasa tersemat didalam jiwa...dan aku..bangga diasuh dengan cara kampung...oleh orang tua ibu ku...yang sehingga kini...tetap menjadi pegangan ku.....

berbalik pada kisah pertama....adakah budak itu akan sentiasa memegang tangan orang tua yang menjaga dan mengasuhnya... doakanlah ia.....agar tidak pernah lupa jasa orang tua itu kepadanya.....

Salam Sayang,
Iman Najjwa