Not For You Stalker!


dia tak susah mana pun,
pada kita nak teruskan atau tak..

aku rasa aku bodoh sangat..
tapi kali ini aku nak bertindak bijak..

aku nak bertindak bijak dengan
buat apa yang aku dah buat dulu..

aku rasa aku tak perlu jadi cam baik sangat..

bukan memutuskan.. tapi rasa lebih baik...

aku..entah... harap bende ni berubah lah...
aku tak boleh lah simpan lama lama..
nanti aku rindu..

nasib baik love letter sume aku dah bakar..

love letter aku dah bakar dari form 3
4 letter untuk dia?

haaaa, kejap lagi nak buang lah ni.. hehehehe...

sabaq naaa....aku throw away sat agi..

*5 minit kemudian

okay, everything fine... me is alive!
what a great expectation,
see you soon..
my reader......

not for you lah stalkehhh!!

The Plan You Have Made.

Perkara yang mampu buat kau bahagia?

Bila orang sekeliling aku gembira dan seronok ketika bersama aku.
 " melihat mereka gembira adalah satu nafas untuk aku kembali hidup walau hati aku berkecamuk teruk "


Perkara yang paling menyedihkan pernah berlaku?

Bila orang yang kita hargai disepanjang hidup kita mengkhianati kita.



Perkara paling kau takuti?

Dibenci dan ditinggalkan oleh orang lain.
Bila aku jatuh dan aku tak mampu bangun dari kekalahan. aku takut. aku sangat takut.
Aku takut kalau lepas ini ada lagi cabaran yang mengoyakkan hati ini buat kali ketiga.



Perkara yang paling kau benci?

Ditipu dan orang yang bermuka muka.
Terpaksa berlakon baik sedangkan itu bukan aku.
Orang kaki kipas.




Perkara yang mampu buat kau diam?

Bila ditanya, apa sumbangan aku selama 20 tahun aku hidup.. kepada semua makhluk Allah, agama dan yg paling kepada diri sendiri.




Perkara yang mampu buat kau hiba?

Bila aku tidak mampu ke memori lepas dan tidak bersama mereka mereka yang bersama dan membesarkan aku. mak dan atuk. (alfatihah)




Perkara yang kau teringin nak buat?

Menyanyi dengan penuh perasaan di depan orang ramai dan menjadi hebat dalam satu perkara. Only in one thing.




Perkara yang kau selalu buat?

Puaskan hati semua orang yang berdekatan dengan aku.




Kesilapan yang kau akan buat walaupun kau tahu kesannya ?

Terlalu mudah mempercayai orang lain untuk susah senang bersama kita, padahal hati mereka tidak pernah bersama kita.




Perkara yang mampu buat kau tenang?

Muslim's Holly Book, views of lake, sea , garden and forest. Lagu ketuhanan.




Sifat yang kau takkan boleh ubah sampai bila bila?

mudah mesra,
mudah melenting,
cakap kuat kuat,
manja,
menyukai barang berwarna biru dan yang terakhir
sifat aku yang terlalu menghargai orang dan menyayangi orang. walaupun nanti orang itu takda, mereka tersimpan dalam hati aku selamanya.




kelemahan kau?

kurang keyakinan.
tidak menganggap pujian sebagai satu benda positif. ( sbb kdg kdg, orang dah puji pun aku rasa mereka menipu aku, walaupun orang yang cakap itu pakar)




kelebihan aku?

mampu mengingati orang dan nama walaupun kenal hanya dalam masa 3 hari kem.
sangat menghargai persahabatan (walaupun mereka tidak bersama aku)
mampu recall the best while in pain.



barang paling berjasa dalam hidup aku.
 
tenggiling aku JMB 5601
lappy aku
walkman aku


ada kala, dimana aku akan fikirkan, apa yang akan berlaku jika sesuatu yang menjadi rutin aku, tidak lagi menjadi rutin aku...aku akan fikirkan kesusahan yang bakal aku alami dan aku mulai bersyukur atas rezeki Tuhan kepada aku walaupun rezeki aku tak sama dengan orang lain.

Hidup kita macam kapal layar, tak pernah seimbang. kadang kadang kita stay, kadang kadang kita goyah, kadang kadang jatuh terus. bila stay kita rasa bangga, bila goyah kita mulai takut, bila jatuh kita tak tahu bila nak bangun.  macam mana tak seimbangnya kapal layar tuh, macam tulah tak seimbangnya hidup kita dan perasaan kita. tiap tiap hari kita jumpa perkara baru untuk dilakukan, ia memerlukan effort kita sama ada mahu meneruskan atau putus asa di tengah jalan. 

Aku bersyukur, di umur aku 20 tahun,aku belajar banyak perkara. aku diuji untuk mengalami pelbagai perasaan, ditinggalkan, dikhianati, ditegur, dimarahi, diterima, disukai, disayangi. aku tempuhi ini bersama Allah dihati aku. Jauh mana aku berlari, akhirnya aku akan pulang ke Dia. Dia yang selalu bersama aku bila semua makhlukNya tinggalkan aku. menangis aku Dia yang tahu, gembira aku Dia yang berikan. Hidup aku akan selalu bergantung pada-Nya sampai aku mati.

harapan aku, semoga mereka yang sekarang sudi berkawan dengan aku akan kekal setia berkawan dengan aku sehingga ke saat aku yang terakhir. harapan aku semoga mereka juga merasai sesuatu didalam hati mereka supaya nanti mereka makin tabah dalam menjalani kehidupan mereka, dan aku harapkan setiap mereka yang sekarang kalah, bangun lah secepatnya. sebab tiada lagi masa yang akan menunggu kita untuk sedar dari kesilapan. mereka akan terus berlari meninggalkan kita, dan kita harus berlari mengejar mereka walaupun sudah jatuh terduduk dan tidak mampu bergerak lagi. 

kuatkan semangat aku setiap kali aku mula rasa penat dan letih,
sedarkan aku dari awal sebelum aku terleka,

berlarilah kawan, berlari lah ke tempat yang paling kau mahu tuju kerana kau tahu sinar harapan kau disitu.. carilah kebahagiaan yang Allah dah sediakan. kekalkan Iman dalam hati dan sentiasa kuatkan semangat walaupun jatuh teruk. ya Allah kuatkan aku.. Kuatkan aku walaupun nanti aku nazak menghadap  malaikat maut.


Fb/Twit/Insta/Telegram/Wechat famous.

Hidup alam maya,

kerja kau nak impress orang je.
kau nak pastikan tiap post kau dapat beribu liker daripada follower..
kau dapat kepuasan dari tindakan kau.
dan respons dari org ramai.
kau rasa bangga dengan respons org terhadap posts kau..
kau suka orang memuji luaran kau.
dalaman kau, org sekeliling yang tahu.

sebabkan terlalu gian nakkan pujian dan perhatian orang..
kau mestilah nak jaga penampilan kau kan.
dari kerana itu, kau buat macam macam..
untuk pastikan mereka sukakan kau.
buat macam macam tuh termasuklah
membazir dan meminjam..

pernah kau nampak buruk di dalam media maya?
pernah kau gunakan belanja kau untuk bersedekah?

hebat,
kau dah buat manusia lalai.
asyik tenung post post kau.
buat mereka lupa medium internet ni untuk apa.
kau buat mereka jadi ketagih pada makhluk Allah.
kau buat mereka lalai pada solat..
kau buat mereka memuja kau..
sibuk jadi observer kau..

dan kau..

bertambah giat menambah koleksi post,
bertambah riak dengan kelebihan yang Allah kurniakan.
bertambah bangga bila orang memuji kau...
sambil menambah quotes quotes yang buat org memuji kau..

dan aku disini perlu mengingatkan kau,
yang perkara sebegini tidak akan kekal lama..
macam epal...
walau kekal sejuk dalam fridge.
one day dia akan busuk jugak.

kita kene ingat.
walau macam mana kita baik..
ada orang tak suka kita
walau cam mana jahat kita,
akan ada yang sudi nak berkawan dengan kita.

tapi kau lain,

orang lain tunduk lihat kau.. dan kau megah lihat sekeliling.
sedarkah engkau tentang itu?

come and take a look.


when we talk about serious life,
the ambition come to sneak out,
looking at all corner to know,
if there any space for them to out,

to catch a dream will never be easy,
they fly all around the sky,
and never stick to a specific place,
dream flies 
and we will see where they go.

to stand up at what we want,
is hard and never be easy,
the more we run, the fast its flies.

come on
get ready and try to click on it.
the hardness will always come first,
but after that,
the lucky will always be ours.

we need the struggle to success,
we need the hardness to face..


Reminder

Malam, pukul 12.

Letih aku belum hilang lagi. Ujian yang Allah turunkan beberapa hari lalu menyedarkan aku supaya sentiasa berhati hati dan beringat. Jangan seronok sangat.. Jangan suka sangat.. Nanti kita yang menangis. haaaaa... namun masalah itu telah aku selesaikan hari ini. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan sepanjang aku ke sana ke mari. sikit pun tiada halangan. Begitunya sayang Allah terhadap aku. walaupun aku ditimpakan ujian dariNya. Ujian itu mampu aku hadapi. Kelemahan ku yang pelupa menjadi titik utama dalam hal ini berlaku. Bukan atas kemahuan ku, namun telah tercatat di luh mahfuz bahawa beberapa hari yang lepas, akan ada ujian untuk diri aku. kepenatan yang jarang jarang aku rasai kerana kerap hidup mewah dan santai. sekali dituunkan dugaan, Allah je tahu betapa melatahnya aku. Malu atas kesilapan sendiri. hurmm...

Tatkala aku menunggu urusan ku selesai, aku melihat disekeliling ku... ramai juga yang memenuhi tempat ini. Adakah mereka juga malang seperti aku? Satu soalan pula menerjah tanpa tegur. kemudian aku terpandang seorang makcik memegang surat seperti aku. Owh, dia sama seperti ku. dalam hati aku berbisik. Ya Allah, dalam satu masa  kau aturkan masalah @ dugaan lain buat orang lain juga. Hebatnya kau mengendalikan dunia yang dimiliki oleh berjuta juta manusia dan kau juga yang tahu apakah jalan penyelesaian untuk tiap masalah yang dihadapi oleh kami. Lailahaillah.  Betapa hebatnya kuasa Mu. 

Cuma akan datanng, aku mohon supaya jangan lah aku ditimpakan masalah seperti ini lagi. Moga ini jadi pengajaran yang kekal abadi selamanya. 

Jangan selalu senyum, jangan selalu muram.. kerana semuanya harus adil dan sama.

Peduli?

hoooo, rasa tak sabar,
serius?

hoooooo rasa nak marah,
betul ni?

ishhh , jangan kacau lah!
apa kau peduli!

peduli? ermmm...

Hello People, Please concern!

I have something to talk.
I must speak louder so that people will concern about what I'm going to talk.

We called as empathy.

Deria keenam ini, jarang dimiliki oleh manusia, simpati ini adalah satu sifat kita dapat merasa keperitan ataupun kesedihan yang melanda seseorang atas sebab mungkin kita pernah mengalaminya dulu.

Tak semua perasan sifat ini. Ia datang sendirinya dan tak perlu diajar.

when you getting older, you must concern about what people do, for what purpose and you must also have the sense of a human (common sense)

" what you give , you'll get back"
" hari ni aku tolong kau, esok esok kau tolong aku pulak"
"action speak louder than talk" * eh ada kaitan ke?*

nevermind. the thing is, kau kena ada sifat empathy, sympathy and care.

let say, if something happen to you without your expectation. then you feel very hurt and sad coz people doesn't want to help you at that time. what would you do? crying like little girl? tarik muka sebab kawan tak tolong?

you should remind yourself or do some flashbacks on what you have done to them? even the small thing would be nice to remember you know. Think about it...

Human nowadays wants something as a reward and would never give something for free.

It would be my pleasure if you ask them to help you and you didn't get any reward. what do you feel? in a charity part. yes... you can do something without reward. Reward comes from God. yeah but still, at least you got the reward from God... Its a reward.

see??

sooo.... my lect today is about sympathy, empathy, care and please concern about other people' feeling, heart and condition. It covers the internal and external of a person right?especially for those who are close to you.

" heart is a very special thing, but it can easily get hurt and takes time to recover"

please take care of people heart. do not be too SELFISH ... in a day in future, u will ask someone a favor. if you act like a snobbish rabbit, no one will help you.

Hard to say, Hard to do. SORRY.

The word, sorry.

What can you explain about this word?
Sorry.
It has power you know.
Power of changing something to something.

Whenever you do mistake,
Quickly say sorry.
Whenever you passed a person in front,
You will say sorry.

Like it was trained for long long ago,
in yourself.

People would say " bagusnya budak ni"
and others would at least give a smile to you
as a sign of respect and agreement.

The word, sorry.

It must comes from your heart.
Not just because of forcing by someone
or just to let the problem gone away.

but the question is....

Why is it so hard for certain people to say sorry?
Is there any barriers to say that or he/she has something else to defend?
but why it becomes so hard?

errmmmm...

some people do have problem with saying sorry.
which I can see which person is that, what type of person is that.

They might be shame, or feel worst when they say sorry.
I found this group ok?
I'm not just randomly saying.

Its about Ego.
what is an Ego?

It is something that hold you to do something that you should/must do
to get everything clear..
but Ego stand up first.
It is something like a devil inside your heart.

people, try to avoid EGO.
some people might be want to hear the word sorry
and in shaa Allah everything will be clear.
but since no body move first.
they will end up with no conclusion at all.

The real mistake will take a lot of time to recover.

 Ego + first move + wait + I dont want + what is my mistake + why should I + OMG! + I have no mistake + who the hell he/she want a sorry from me + blaaa laaaa = No conclusion at all.




Kesakitan aku.

kesakitan yang tak pernah kau jangka
pernah kau terfikir yang kau bakal mengalami?

kesakitan yang kau tak dapat fikirkan,
pernah kau terfikir akan menghadapinya?

entah sampai bila akan surut,
seminggu, dua minggu, 3 minggu?
biarlah. aku cube menahan semampu yang boleh.
atas yakin yang suatu hari nanti.
pasti akan ada kebaikan untuk ku.

seteruk mana pun sakit ini,
adalah disebabkan dosa yang aku buat juga.
jadi, bila dah buat.
beranilah menanggung.

Allah memberikan aku sakit supaya kekhilafan ku dikurangkan
dan dibersihkan supaya hati lebih baik dan bersih.

kesakitan membawa seribu erti dalam hidup seseorang.
dan kesakitan ini akan aku ingat sampai bila bila.

#inmakingofbraces
#sakitbakhang!


Appreciation


Sedang balik dari kelas, tiba-tiba, terdetik hati Iman untuk melihat kondisi Cik T. Cik T adalah motosikal tunggangan Iman yang diberikan supaya dapat memudahkan pergerakan Iman di kampus. 
Kerisauan terdetik, pabila kelihatan minyak keluar dari enjin sisi bahagian kanan.

" lah ni kenapa pulak?" monolog berseorangan.

Matanya mula meliar ke arah motosikal lain yang berparkir di tempat yang sama.

" tak da leaking pun, kenapa moto aku je leaking pulak ni, haddoi.." Iman mencangkung.

Mata mula keliaran disekitar bawah motosikal tersebut. Kelihatan minyak menitis keluar dari tempat yang tidak sepatutnya. Terus dia teringat flashback bersama ayah ketika menghantarnya masuk ke kampus 3 minggu lepas.

" Moto angah ni, ada leaking tau.. tapi ayah dah gam.. esok esok cuba tgk.. harap tak bocor lah.. sebab kalau bocor, banyak keje kena buat ni." Iman seakan angguk tak ambil peduli ketika itu.

Baru sekarang dia teringat.

"Laaahhh, kenapa baru sekarang aku ingat. teruk dah " kesihatan" Cik T ni. Kesian dia. Hurm, aku kene hantar gi kedai lah ni. Harap tak kena cas tinggi, kalau tak mabuk aku."

Iman siap menelefon ayahnya dan bertanyakan perihal tersebut. Ayah mencadangkan untuk singgah ke kedai moto untuk mengetahui masalah yang berlaku.

" Sekarang pukul 10, aku makan sat lagi pukul 12, 12.30 ptg aku pergi lah kedai moto."

Tiba waktunya, dia buat perkara yang dirancang. Dalam kepalanya hanya teringatkan perihal kesihatan Cik T. Cik T banyak berjasa kepadanya sejak sem 1 lagi. Diusung motosikal itu penuh bangga. Kalau org lain sebuk berkereta. Dia langsung tidak peduli. Asalkan bersama Cik T, kemana je dia akan teroka. Cik T Si Shogun 125.

Setibanya dia di kedai,

" Uncle, kasik tengok ini moto. Kenapa ada leaking? macam pelik lah. Uncle kasik tau saya boleh kah?" perbualan berbahasakan slang cina.

" ok, ok. Uncle kasik tengok. tunggu sikijap aaaa"

lepas 10 minit, 

" Adik, ini Uncle sudah gam sikit, esok esok kalo ada leaking U hantar balik sini. Uncle kasik check aaa"

" ok Uncle.. sudah siap ea? berapa.. ?"

"4 linggit"

" ok ok.." Iman menghulurkan not 10 dan pulangan yg  diterima ialah RM6.

" Uncle, thank you aaa" Iman melambaikan tangan dan  mula beransur.

Di atas moto Iman keriangan, Cik T sihat sedikit. Walaupun perlu di-observe Cik T dalam masa 2 hari ni. Takpa lah. Janji, Cik T ada dengan Iman. Iman mula membayangkan kehidupannya sebelum kedatangan CIK T semasa sem 1. Dia perlu menunggu bas hampir satu jam tiap tiap kali pulang dari kelas memandangkan fakultinya jauh dari induk. Itu menyukarkan lagi perhubungan Iman bersama pengangkutan. Kedatangan Cik T di hujung sem 1 telah membantu Iman dalam menyelesaikan masalah yang berkenaan dengan masa dan punctuality ( ketepatan). Bersama Cik T pergerakan Iman semakin lancar. Masa dapat dijimatkan dan Iman juga boleh bergerak membeli barang , ke sana dan kemari tanpa perlu memikirkan tentang masalah pengangkutan dan kewangan. 

Iman mula sedar akan sesuatu.

" Aku kena mula hargai tiap barang yang aku ada mulai sekarang dan sampai bila bila. Aku kena jaga elok elok dan ambil peduli dengan barang barang yang aku ada supaya, mereka dapat kekal berkhidmat bersama aku dengan lebih lama. kalau Cik T meragam lagi. sudah tentu hidup aku akan susah lagi lepas ni "

Walaupun mereka tak bernyawa, tapi sikap menghargai sesuatu perlu ada dalam setiap individu supaya kita sentiasa sedar yang hidup ni akan selalu ada sifat kebergantungan dengan makhluk @ benda lain. 

Hargailah, tiap apa yang kau ada, tiap apa yang kau temui dan usah merungut.
Kerana yang datang itu atas kehendak Allah, dan ujian itu juga atas kehendakNya.
Hargailah apa jua pahit manis yang kau terima,
Disebalik pahit manis itu, akan ada pengajaran yang bakal kau temui nanti.
Hargai semuanya,
Baik Manusia, haiwan, tumbuhan mahupun kebendaan.
Kerana kita tidak akan lepas dari sifat mengharapkan bantuan dari pihak lain.

#prayforcikT'sheatlh.


Manusia + Pelik = Berhentam

Hidup memang pelik. Banyak benda pelik sebenarnya, tapi kita je yang tak ambil peduli hal kecil remeh temeh ni. Perasaan kita pelik, tingkah laku kita pelik, minat kita pun pelik. Lagi apa yang pelik, cuba cakap dengan aku. Banyak sebenarnya, tak tercakap. Tapi, yang aku pasti semua ada.

Sebab daripada pelik tulah, kita berhentam. Setuju? Kita tak boleh terima sesuatu yang orang lain buat yang juga merupakan bukan rutin kita. Bukan budaya kita. Haha, Manusia. Dia nak ikut kata hati masing masing je. Pandangan yang lain, suara yang lain. Dia tak mahu dengar. Manusia. Pelik. Berhentam. Padahal kita sama. 

Kita sama.

Whole Week.


The whole week,
It doesn't look same,
There are stairs and lifts,
Escalator and walk,
Its fine.
At least we can move.

By time and day,
Tomorrow will never be the same,
Time flies quite fast,
Walked and now run!
Jump and then Fly..

Come, and fly.


In Holiday.

In holiday, what are you doing guys? hehe. hye, Assalamualaikum, long time no see? haha..

In holiday,
eat everything that you want,
have fun with friends,
 hangout with family,
find something incredible.

tu lah yang aku buat selama beberapa hari ni, cuba menceriakan diri sendiri even kadang-kadang akurase aku belum jumpe keceriaan tu, kegembiraan ue. dah lame aku x menulis, lame sangat hampir setahun rasa nya aku x menulis apa-apa dekat ruangan i. diari maya ku.. but hary ni rase rindu plak nak menaip panjang-panjang. hehe.. so permulaan untuk entry kali ini hye!!! whatsupp!!!??

 haha. lawakk ke? ok aku tahu xde lah lawak sgt .. haha.. well. ade kisah yang menemani aku selama aku x menulis di sini. bile je waaktu aku nak menulis terasa  malas yang teramat sgt.. haaa.. cume hary ni aku rase cm malas nak menghadap lama sosial .. sooo... aku menghadap bende yang menaip pulak. atleast aku ade cerita nak sembang and nak keluarkan pada kowang.

beberapa bulan lepas  terjadi satu tragedi yang x mampu aku elak dan mengajar kehidupan aku seluruhnye. sgt mengajar aku..hari ni aku nak cakap.. EVEN APE PUN YANG TERJADI PADA DIRI KAU, JANGAN BERHENTI MELANGKAH AS MELANGKAH TUH MEMBAWA KEPADA 2 JALAN, JALAN PENYELESAIAN DAN JALAN MENGHILANGKAN STRESS. tu lah 2 jalan tuh.. aku sedang berjalan. merasai kedua-duanya setelah sekian lama mungkin aku duduk senang. mungkin lah sbb tu aku diturunkan dugaan nie dan bukan senang untuk aku terima pada awalnya kerana ia menlibatkan kepercayaan and kebergantungan aku terhdaap seseorang. huhuhu.

dah2  bulan kisah itu berlangsung dan aku masih dalam trauma 50 peratus sedar 50 peratus tak sedar. tak semua yang tahu aku mengalami hal ni. aku hanya bergerak sendiri sampai aku rasa aku stabil sama macam dulu bila aku terima masalah. aku cuba untuk bangkit sendiri. dengan tanisan tanpa henti dan perasaan yang semakin mati.  itulah aku.. menyendiri dan agak memberi kesan pada simptom kemurungan aku yang menjadi2.. cepat marah dan suke melemparkan kata-kata kesat pada org lain. ya Allah berdosanya aku.. hermm.. tulah aku dulu dan iitu lah yang merubah aku sehngga menjadi seperti sekarang. lantang mensuarekan kesalahan orang lain.

 stress nye aku, Tuhan je tahu, sampai sekarang kesannya ada. aku hanya mampu pndam dan diam. padahal menyimpan itu bukannya aku. huhhhh.... aku kdg2 tertanye bile agaknya semuanya akan selesai. semua orang bercuti merehatkan minda, aku menyimpan masalah pulak time2 cuti mcm nie. huhuhuhu.. rasalah sendiri nanti bile satu masalah besar dtg menghadap kau.. cume aku tahu Allah sygkan aku dan mahu aku terus bersamanya.

Lari


bila kau rasa penat, rasa nak lari lagi tak? aku cuba cari semuanya yang aku mampu untuk kumpul buat sementara waktu supaya aku tak melatah. Tapi, sikit-sikit terlepas dari gengaman aku. tak semua manusia menempuh benda yang aku sedang alami ni kan? boleh jadi gila sebab benda yang macam ni. tak tahu kenapa aku menulis tapi kalau dihadapkan ke psychology tak tahu lah sama ada diterima atau tak..