an assumption of people towards me.

Sometimes I wonder.. is my intention to wish people congratulation bad?
I dont know. teruk sangat ke aku sampai niat bertanya pun boleh disalah anggap?
Aku pelik sangat ke?
Aku ni susah sangat nak difahami ke?
Aku high demanding girl ke?
Are those the reason why people hardly become my friends now?
Am i feel myself good? better? enough rather than anyone else?
Am I a weirdo??
hermmmm...
aku tak salahkan dia untuk tetiba pangkah aku cam tu. sebab aku rasa dia tak cukup kenal aku pun. 
Maafkan dia jelah yang aku boleh buat sebab tak guna kalau nak marah dia beriya sangat pun sebab dia tak kenal aku sepenuhnya. takkan nak hukum orang cam tu kan...

tapi tak sangkalah dia pulak yang easily put a punishment on me. like...aku ni cam terlalu teruk and being sarcastic terhadap statement dia. it just my concern to wish my friend congratulation for what they successfully done. tu je. 

Huuuu.. soalan yang sebenar yang perlu aku ungkapkan ialah.. kenapa perlu layan aku macam tu...?
aku positif kat semua orang kot. huuuu... Allah nak uji lagi hati supaya bersabar ke?
Takpalah kalau Allah uji.. aku terima.. mungkin ujian tu berhikmah yang tak berpenghujung untuk aku pada masa akan datang. 

Its okay wawa. just keep being nice towards people. make sure you bring thousand of smiles and laughs towards them and be happy as long as u live in this world. Keep worship Allah coz He knew the best for u now and in future. May God bless Me. aamiin

wonder but happy,
Nasuha Najjwa

another untitle

Hai, lama dah rasanya tak menaip sesuatu kat ruangan ni. Sekarang tengah musim beraya. Semua orang sibuk kumpul duit raya. Aku pulak sibuk berehat kat rumah puaskan nafsu makan. haaa alhamdulillah.. puasa kali ni rasa macam cepat sangat berlalu. entah macam mana, aku lebihkan ramadhan dari raya sebab aku rasa raya ni tak seberapa. bagi budak kecil mungkin seronok. attention semuanya pada dia orang je. aku pulak ni dah besar. raya lebih kepada untuk spent time dengan family, sepupu and makcik pakcik. haaaa... =) bukan selalu pun dapat sembang dengan dia orang. nak beraya sakan pun, aku rasa macaam tak perlu.. ramai saudara kita yang sambutannya bersederhna saja. bukan nak cakap apalaah. tapi kalau kat malaysia ni, rayanya melebih. sedangkan ibadat yang dikira pada bulan ramdhan.. bukan pada bulan syawal. biasalah.. kita, banyak yang tertwist. but nevermind. lama lama culture yang salah ni akan berubah. culture dan agama tuh berlainan. kita mesti lebihkan agam dari segalanya sebab islam is the way of life. ok cukup lah sampai sini.

meniti umur 20 ++ ni.. aku banyak fikirkan tentang kepuasan hidup in the way yang elok lah. bukan yang tak elok. sebab aku rasa dah takda guna nak berjimba saja. banyak lah kepentingan yang aku perlu curahkan .. lagi lagi kepada masyarakat. entah kenapa, bila dah dewasa cam ni. cita cita yang aku karang dulu macam luput. luput dari ingatan. cam hilang aim sejak masuk universiti ni. boleh dikatakan pure jugaklah otak aku dari segala bende yang pelik dalam dunia ni. banyak bende berubah. terutama sekali diri aku. berubah dari bermacam segi. aku tak tahu ape yang aku tak berubah. hurm.. aku rasa cam semuanya 360 degree.. nak kata impian dah jadi realiti.. tak rasa cam tu pun.. ade je yang tertinggal.. tapi entah.. mana ntah semua cta cita tuh. hilang.. aku duk pk lah tadi.. herm...

rasanya aku kene build up balik cita cita tuh. aku dah 21 kot. kene lah kan buat sesuatu yang bermakna.. first thing is. target to g jalan kat overseas. heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Garang

perempuan garang ni, manja dengan orang kesayangan dia je.

-org tua-tua, anologi cinta pertama-

setuju dengan kenyataan yang diatas?

semalam kisah bermaya..

semalam sebuah kisah,
kisah yang tak mampu aku ulangi banyak kali,
cukuplah sekali aku laluinya,
perasaan kemenangan yang tak mampu aku bendung,
bangga yang tak mampu aku sembunyikan lagi,

satu rasa yang setiap player tahu...
kemenangan tu satu hasil usaha,
hasil usaha semua yang tidak berbelah bagi,
menjadi tanda semangat..
tanda semangat yang takkan padam sampai bila bila..

sekarang aku mula rasa kosong
tanpa sebarang latihan..
walaupun penat dimamah tenaga yang semakin berkurangan
namun semuanya tetap gigih berusaha hingga ke garisan penamat

terima kasih atas kepercayaan yang diberikan,
terima kasih atas perutusan dan amanah yang diberi,
terima kasih Abg Aimi, snare line, cymbal line, bass line, cgian, pit line and tom player.
i just cant imagine without you in the line..

perasaan yang tak mungkin aku ucapkan banyak kali
cume syukur yang tidak terhingga buat semua yang membantu
terima kasih ya Allah.. kurniaan kau yang tak ternilai..

Pengharapan yang terpendam lama.


Pengharapan yang terpendam lama.

menjadi satu fobia bila terdengar nama kau..
jauh mengembara bila terdengar itu kau..
satu rasa yang aku rasa belum pernah terhapus..
walau beribu langkah yang sudah aku ambil..

keputusannya tetap sama,
berhentinya aku bernafas bila memandang kau
kacau bilau tingkah ku..
itulah pertama kali aku berasa demikian dengan lelaki,
dengan kau lah wahai lelaki.

entah kenapa, sampai sekarang perasaannya tetap sama
sedangkan kita berpisah jauh lamanya
buntu aku
buntu mencari jalan penyelesaian.
jalan untuk diri sendiri
supaya takkan pernah mulakan kisah ini
supaya tak aku sakiti hati sendiri
supaya aku tak harapkan kau
supaya aku mampu bangkit semula
supaya nama kau terus mati dalam hati aku
supaya kita tidak berjumpa selamanya.

pengharapan aku terlalu lama.
terlalu lama untuk aku simpan lagi.

walau kuat aku bertahan, menangis itu tetap akan aku lalui.
jujur, untuk kalis perasaan ini ada perkara paling menyakitkan aku.
tapi aku tak mahu dipanggil bodoh cinta.

* mendongak ke langit, tutup mata, tarik nafas *

Bangunlah wawa.

"Penantian itu menyakitkan sayang." 

hilanglah kau wahai Firdaus, tolonglah hilang, hilang dari pandangan aku, hilang dari hati aku, hilang dari minda aku, hilang dari setiap inci hidup aku.

yang terakhir,
nasuha najjwa

sekalipun aku, itu tetap aku.

aku yang berjalan,
aku yang rasa penat,
aku yang rasa letih,
aku yang menangis sendiri,
aku yang sapukan luka aku,
aku yang balut sendiri,
aku yang bangun sendiri,
aku berjalan kembali,
aku jatuh lagi,
masih aku..
hanya aku....

takda orang lain, hanya aku..
diri aku hanya aku..

dulu kini dan selamanya
aku juga yang berjalan
berseorangan pun aku,

memang itulah aku,
aku sahaja.

dahulu pun aku, kini pun aku, dan aku tau.. sampai bila-bila pun hanya aku yang berjalan.
ya Allah, kau patahkan lah apa pun ya Allah.. aku akan tetap disini, masih berjalan dan akan terus berjalan. Terima kasih Allah kerana pengalaman dulu, kau jadikan aku seorang yang kuat bersemangat, walau hancur berderai, aku percaya berderainya itu untuk Kamu, pecahnya itu untuk Kamu dan nanti kalau pun pulih, itu untuk Kamu.

Kuatkan semangat kau wahai Nasuha, hamba Allah yang satunya berjalan sendiri.

"kita takkan dapat hidup sendiri, tapi jatuh bangkit kau, yakinilah aku, takkan ada sesiapa pun yang sahut. maka dengan itu, kau bangkitlah cepat.. bangkitlah sesegera yang kau mampu.. kerana kekuatan itu ada ketika kau berdiri dan bukannya ketika kau jatuh tersandar sendiri"


What's Wrong?

So tonight words are...

what's wrong?

what's wrong for having a simple guy in your life?
what's wrong for having a poor friend?
what's wrong for wearing cheap or bundle stuffs?
what's wrong for having a 20 cents in the pocket?
what's wrong for having a RM200 hand phone?
what's wrong for not choosing I Mac?
what's wrong for not being so fashionable?
what's wrong for taking Islamic course?
what's wrong with sneakers and baju kurung together?
what's wrong with having a bimbo friend?
what's wrong for not speaking in English fully?
what's wrong for being outspoken?
what's wrong for being very gentle and friendly?
what's wrong for riding a bike rather than driving a car?
what's wrong with not putting some make up on the face?
what's wrong for not eating at 5 stars restaurant?
what's wrong for using recycle stuffs?
what's wrong for not getting any A in exam?

Is there any wrong? Is there any mistake for not doing so?
Can one of you answer my questions above?
Is there anyone here who can give a reason for all question there?

even God never judge people on that particular aspect, so why are you so judgmental?
Are you good enough?
Are you spending your money to help those people?
Are you buying some new stuffs for the needy?

So why bother with their things and all?

You don't even supply them money to survive in life. So shut up!

aku fikir, kau pun fikir..

we meet again.

hai and assalamualaikum ya kawan kawan ku.

takda ape pun yang aku nak sembangkan dengan kowang semua tapi aku cume dok pikir kan sesuatu yang menjadi routine aku bile aku keseorangan. aku memikirkan cara yang boleh buatkan aku lebih selesa dan berjaya dengan kehidupan aku. kadang kadang aku tertanya ape hikmahnya disebalik semua yang  dan diaturkan untuk aku. 

alhamdulilah aku berjaya sampai ke degree, aku ambil kos muzik , aku ada 4 adik beradik perempuan dan keluarga yang macam ni. apa sebenarnya yang Allah nak suruh aku belajar dari semua cerita yang dah terkumpul menjadi koleksi peribadi aku nie. aku kadang kadang tertanya kenapa aku ambil muzik sedangkan aku boleh atau berpeluang ke tempat yang lebih menjamin masa depan. kadang kadang aku tertanya kenapa Allah jadikan aku dikalangan adik beradik perempuan. bukan nya tanda aku tak bersyukur, cuma bile dah meningkat dewasa ni, aku lebih banyak bertanyakan soalan yang aku tahu tak da siapa boleh jawab melainkan Allah SWT. and untuk menunggu jawapan Allah, aku kene observe setiap ape yang berlaku dalam hidup aku. 

kadang kadang aku rasa kehidupan degree ni penuh dengan penipuan.  ini sebab, aku rasa orang sekeliling aku tidak memberikan 100% dalam melakukan apa sekalipun. mereka lebih banyak ambil enteng semua kerja berbanding orang lain. then aku mula menyoal kenapa aku ditempatkan dikalangan orang yang macam ni, Allah pernah letakkan aku dikalangan mereka yang sangat ingin berjaya dan berpandangan cerah. dan kemudian Allah letakkan aku dalam kelangan mereka yang ambil mudah.. aku rasa bagai mereka bukan dunia aku. 

bila aku dikalangan mereka yang sangat komited, aku berada di bawah. tetapi aku bahagia. sekurang kurangnya aku dapat menilai diri aku sendiri supaya lebih berusaha.. dan bila sekarang aku duduk dalam kalangan mereka yang sebegini. aku berada di atas umpamanya aku sahaja yang bergrak.. mereka hanya melambai tangan kearah ku. aku seakan meninggal mereka semua .. dulu walaupun aku dibawah. aku segar bugar bahagia walaupun mereka menang mengatasiku,

satu percaturan dunia yang hebat dimana, aku tahu. aku takkan dapat apa yang telah aku rasa dahulu di masa akan datang. untuk memperbaiki mereka semua, aku perlu perbaiki diri aku lagi.. aku punya berbaki 2 tahun lagi untuk menghabiskan segalanya yang ada. aku cuma berharap...masa depan aku tidak musnah dan aku boleh lanjutkan cita cita seperti biasa.

Welcome 2015 to my life.

tahun baru menyinggah lagi,
macam biasa semua orang mula menulis cita cita
dan azam tahun baru...
tapi aku rasa tak semua azam tu terlaksana pun.
so, aku cume harap..
tahun ni menjadi tahun yang terbaik
untuk semua orang bangun
daripada lena yang penjang dan dari kesilapan yang lalu.
haiya a'lal falah.
(marilah menuju kejayaan)

azam aku tahun lepas, macam tak de je. haha. sebabnya tahun lepas aku kecewa sangat sampai tak sempat buat persediaan untuk menempuhi hidup baru. jadi tahun ni, on 1st january ni.. aku buatlah azam.

oleh itu, azam aku untuk tahun 2015 ni adalah:

-aku nak jadi lebih berani, cekal, tabah dan kurangkan menangis daripada tahun yang lalu,
-aku nak jadi orang yang lebih taat kepada Allah dan RasulNya. meninggalkan Lagha Lagha dan lebih menjaga iman dan pandangan mata.
-aku nak mencari cahaya yang selalu hilang setahun yang lalu.
-aku nak rebond balik hubungan aku dengan insan insan yang pernah kehilangan aku.
-aku nak kekalkan prestasi aku untuk tiap-tiap sem. amin.
-aku akan cari peluang untuk hidupkan diri aku, keyakinan aku.
-aku nak jadi kawan susah senang macam apa yang aku pernah buat dulu..
-aku nak jadi pencetus senyuman dikalangan gadis, bukan dikalangan lelaki.

cukuplah tu kan. kalau nanti ada penambahan.. aku tambahlah lagi.. ok.. alah bende ni kan boleh edit.. relax lah.. HAHAHAHAHA..

so,kawan kawan. doakan lah aku, kebahagian aku, semoga jalan aku dipermudahkan dalam susah senang yang aku tempuhi. doa daripada kalianlah yang menguatkan aku.

p/s: doakan untuk jodoh aku jugak ye.. hehe kidding..

sekian,
Nasuha Najjwa.