aku fikir, kau pun fikir..

we meet again.

hai and assalamualaikum ya kawan kawan ku.

takda ape pun yang aku nak sembangkan dengan kowang semua tapi aku cume dok pikir kan sesuatu yang menjadi routine aku bile aku keseorangan. aku memikirkan cara yang boleh buatkan aku lebih selesa dan berjaya dengan kehidupan aku. kadang kadang aku tertanya ape hikmahnya disebalik semua yang  dan diaturkan untuk aku. 

alhamdulilah aku berjaya sampai ke degree, aku ambil kos muzik , aku ada 4 adik beradik perempuan dan keluarga yang macam ni. apa sebenarnya yang Allah nak suruh aku belajar dari semua cerita yang dah terkumpul menjadi koleksi peribadi aku nie. aku kadang kadang tertanya kenapa aku ambil muzik sedangkan aku boleh atau berpeluang ke tempat yang lebih menjamin masa depan. kadang kadang aku tertanya kenapa Allah jadikan aku dikalangan adik beradik perempuan. bukan nya tanda aku tak bersyukur, cuma bile dah meningkat dewasa ni, aku lebih banyak bertanyakan soalan yang aku tahu tak da siapa boleh jawab melainkan Allah SWT. and untuk menunggu jawapan Allah, aku kene observe setiap ape yang berlaku dalam hidup aku. 

kadang kadang aku rasa kehidupan degree ni penuh dengan penipuan.  ini sebab, aku rasa orang sekeliling aku tidak memberikan 100% dalam melakukan apa sekalipun. mereka lebih banyak ambil enteng semua kerja berbanding orang lain. then aku mula menyoal kenapa aku ditempatkan dikalangan orang yang macam ni, Allah pernah letakkan aku dikalangan mereka yang sangat ingin berjaya dan berpandangan cerah. dan kemudian Allah letakkan aku dalam kelangan mereka yang ambil mudah.. aku rasa bagai mereka bukan dunia aku. 

bila aku dikalangan mereka yang sangat komited, aku berada di bawah. tetapi aku bahagia. sekurang kurangnya aku dapat menilai diri aku sendiri supaya lebih berusaha.. dan bila sekarang aku duduk dalam kalangan mereka yang sebegini. aku berada di atas umpamanya aku sahaja yang bergrak.. mereka hanya melambai tangan kearah ku. aku seakan meninggal mereka semua .. dulu walaupun aku dibawah. aku segar bugar bahagia walaupun mereka menang mengatasiku,

satu percaturan dunia yang hebat dimana, aku tahu. aku takkan dapat apa yang telah aku rasa dahulu di masa akan datang. untuk memperbaiki mereka semua, aku perlu perbaiki diri aku lagi.. aku punya berbaki 2 tahun lagi untuk menghabiskan segalanya yang ada. aku cuma berharap...masa depan aku tidak musnah dan aku boleh lanjutkan cita cita seperti biasa.