Pengharapan yang terpendam lama.


Pengharapan yang terpendam lama.

menjadi satu fobia bila terdengar nama kau..
jauh mengembara bila terdengar itu kau..
satu rasa yang aku rasa belum pernah terhapus..
walau beribu langkah yang sudah aku ambil..

keputusannya tetap sama,
berhentinya aku bernafas bila memandang kau
kacau bilau tingkah ku..
itulah pertama kali aku berasa demikian dengan lelaki,
dengan kau lah wahai lelaki.

entah kenapa, sampai sekarang perasaannya tetap sama
sedangkan kita berpisah jauh lamanya
buntu aku
buntu mencari jalan penyelesaian.
jalan untuk diri sendiri
supaya takkan pernah mulakan kisah ini
supaya tak aku sakiti hati sendiri
supaya aku tak harapkan kau
supaya aku mampu bangkit semula
supaya nama kau terus mati dalam hati aku
supaya kita tidak berjumpa selamanya.

pengharapan aku terlalu lama.
terlalu lama untuk aku simpan lagi.

walau kuat aku bertahan, menangis itu tetap akan aku lalui.
jujur, untuk kalis perasaan ini ada perkara paling menyakitkan aku.
tapi aku tak mahu dipanggil bodoh cinta.

* mendongak ke langit, tutup mata, tarik nafas *

Bangunlah wawa.

"Penantian itu menyakitkan sayang." 

hilanglah kau wahai Firdaus, tolonglah hilang, hilang dari pandangan aku, hilang dari hati aku, hilang dari minda aku, hilang dari setiap inci hidup aku.

yang terakhir,
nasuha najjwa