Marah punya pasal!

Marah itu senjata. Ia boleh membawa manfaat dan jika tidak dikawal juga boleh membawa kepada kesengsaraan. Namun usah gusar, anda sendiri mampu mengawal rasa marah.

-->TANAMKAN SIFAT MALU DAN SERAHKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH.
 Kita perlu malu kerana Allah memerhatikan segala perlakuan dan tindak tanduk yang dilakukan. Manusia sering lupa pada  Allah ketika kemarahan memuncak dan sebaiknya apabila perasaan itu hampir dengan diri, ingatlah Tuhan. Berdoa supaya diselamatkan daripada sifat marah.

~ Mengubah posisi.
Jika sewaktu dilanda marah kita dalam keadaan berdiri, seharusnyamenukar posisi kepada duduk. Nmaun jika kita marah dalam keadaan duduk,baring itu lebih baik bagi meredakan kemarahan. Namun jika kemarahan masih belum reda, ambillah wuduk bagi menenangkan hati yang masih membara.

Sebenarnya sifat marah itu datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu, kita seharusnya ingat api boleh dipadam dengan air.

Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia bersegerakan mengambil wuduk kerana air yang disapukan pada anggota berkenaan bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan syaitan malah membantu untuk meredakan kemarahan.

-->MINUM AIR KOSONG
Ketika marah memuncak, minda tidak dapat berfikir. Bagi menenangkan fikiran yang tidak menentu, cubalah untuk minum air kosong untuk menyejukkan dalaman diri anda yang sedang membara.

-->FOKUS PADA MASALAH, BUKAN PERASAAN.
Mencari kesalahan seseorang yang akan membuatkan kita marah seharusnya dielakkan. Sebaiknya fokus kaedah untuk mencari jalan penyelesaian.

Kemarahan akan hanya membuatkan kepada masalah lain sekali gus membuatkan anda mula mengungkit kesalahan lalu termasuk kesalahan yang dilakukan oleh pasangan anda sendiri.

-->JANGAN MUDAH BUAT KESIMPULAN.
Ketika anda memiliki tanggapan buruk terhadap pasangan terutamanya yang melibatkan persepsi negatif, penilaian akan menjadi tidak rasional.

Apa saja yang dilakukan oleh pasangan anda akan dianggap negatif. Justeru, anda perlu menyiasat dan meneliti sebaik mungkin mengenai punca kemarahan.

Ini kerana lelaki dan wanita mempunyai perbezaan dalam keperluan perasaan, pemikiran, pemahaman, reaksi dan cara mencurah kasih sayang.

--> BERSABAR.
Reaksi marah yang tidak dikawal amat berbahay kerana membuatkab situasi menjadi sukar. Penting untuk anda bersabar dan berfikir panjang kerana ia akan mengelakan perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati pasangan.

--> JANGAN TERLALU BERHARAP.
Kadangkala kemarahan yang terjadi disebabkan terlalu kecewa dengan perkara yang terjadi tidak seindah yang diharapkan.

Namun, keinginan manusia sebenarnya lebih menyukai untuk menetapkan impian yang kadangkala melebihi kemampuan diri dan pasangan.

Justeru, elakkan daripada meletakkan harapan yang tinggi jika anda tahu ia sememangnya berlaku disebabkan seseorang itu tidak dapat dipenuhi oleh pasangan bagi mengelakkan timbulnya perasaan kecewa yang berlarutan sehingga menjadi marah.

--> JANGAN MEMBABITKA KEMARAHAN DENGAN PERKARA LAIN.
Banyak kemarahan terjadi disebakan masalah lain yang langsung tiada kaitan. Ia berlaku disebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal emosi dan gemar mengungkit perkara yang sudah lama berlaku..

Seeloknya, elakkan daripada mencuba mengungkit perkara yang tiada kaitan bagi mengelakkan kemarahan terus berlaku dan sukar dibendung.

-->ALIHKAN KEMARAHAN KEPADA PERKARA LAIN.
Setiap manusia mempunyai tahap dan cara mereka melepaskan kemarahan. ada yang bertindak balas serta merta dengan memaki hamun atau berteriak. melempar barang atau menangis.

Sebenarnya ia boleyh ditukar kepada cara lain dengan menulis di dalam diari, meluahkan perasaan kepada pasangan apabila kemarahan reda dan membuat aktiviti lain bagi melupakan sebentar kemarahan yang ada sehingga ia beransur surut...

-->MENILAI DENGAN BERTANYA KEPADA DIRI SENDIRI.
Emosi kemarahan boleh mendatangkan penyakit fizikal. Oleh itu, kita perlu mencari kaedah untuk mengurangkan ketegangan emosi.

Misalnya,dengan bertanya kepada diri sebab marah, kesannya kepada anda dan pasangan atau memikirkan perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan.

-->MELAKUKAN AKTIVITI UNTUK MELEPASKAN TEKANAN
Emosi marah boleh dibendung jika anda rajin membabitkan diri dngan aktiviti yang dapat melupakan permasalaha dan melakukan perkara yang digemari. Misalnya, menyanyi bersukan atau mengunjungi tempat yang menenangkan seperti pantai.

-->BELAJAR MENYATAKN EMOSI SECARA POSITIF DAN MENGHORMATI PASANGAN.
Kita sering berfikir masih ada hari esok untuk meluahkan perasaan dan selalu bertangguh sedangkan pasangan tidak akan tahu sebab anda marah jika tidak diberitahu.

Justeru, jangan menangguh untuk meluahkan emosi ataupun perasaan yang terpendam kepada pasangan dengan cara yang sebaiknya tanpa dikuasai perasaan marah.

Luahkan perasaan anda dengan menggunakan suara  perlahan, menghormati pasangan dan tidak disertai dengan tindakan secraa fizikal seperti memukul.

--> BERDIAM DIRI.
 Cara terbaik untuk mengurangkan emarahan adalah dengan mendiamkan diri ketika marah bagi mengelakkan perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut anda.

Banyak faedahnya jika anda berjaya menghayati cara berdiam diri ketika marah malah secara tidak langsung, kaedah ini sebenarnya dapat mengurangkan sikap panas baran.

-->SENYUM
Senyum mampu meredakan tekanan. Cuba amalkan memberi senyuman tidak kira kepada sesiapa dan dimana saja kerana ia boleh menjadi penawar kepada kemarahan.

(Majalah Metro-Metro Ahad)

No comments:

Post a Comment