entah apa je aku mengarut.

sehabis baik aku lakukan untuk lupakan semua yang membelenggu aku saat ni.. sekuat hati aku, aku tekadkan semua yang terkukuh dalam hati hanya untuk mencari ilmu dan keputusan yang aku dambakan. tiap-tiap hari, aku cuba untuk menguatkan semangat supaya aku tidak terganggu dengan mana-mana masalah sekalipun. tiap kali ada masalah, aku cuba untuk bawa ke tepi dan cuba untuk lupakan semuanya supaya semua orang nampak aku kuat dan takkan risaukan aku lagi supaya aku lebih berdikari dan mampu berdiri atas kaki sendiri. tak mengharapkan orang lain sebagai pembantu aku. aku sedar, apa pun perubahan yang aku mahu lakukan , semuanya harus bermula dari diri aku. aku sebagai pemula dan aku juga yang bakal mengakhirkan semuanya. takkan berganjak nasib seseorang ke arah yang lebih baik apabila tiada perubahan yang dilakukan olehnya. ke mana pun aku cuba melangkah, hanya satu impian dan matlamat aku. mencapai apa yang mampu membahagiakan orang-orang sekeliling aku, terutamanya ayah dan umi ku yang banyak berkorban, kepada Allah yang memberikan rezeki yang tersangat luas kepada aku, dari segi kesihatan akal, fizikal dan juga sumber kewangan.

aku masih lagi berlari-lari, mencari cahaya yang ditujukan untuk aku supaya aku selalu berusaha untuk tinggal dalam cahaya, bukan nya kelam yang memaha jiwa dan dunia aku. hidup ku bagaikan seutas benang yang pabila baru dibeli, ianya bergulung. tapi bila mahu digunakan, aku terselak jauh dan panjang. mcm tulah hidup.. diselitkan dicelah-celah kain yang mahu dijahit. macam tu jugaklah diri ku yang berselok belok dalam menjalani kehidupan yang tidak tahu ape dihadapannya. hanya mampu terus dan perpatah balik adalah mustahil sama sekali.

apa yang kau cari dalam hidup kau? kau mencari sesuatu yang tidak pasti..? sedarlah kau budak. matang lah kau budak.. hilangnya aku tidak merubah apa-apa. hilangnya ilmu dan ibu bapa mu yang bakal merubahkan segalanya yang bermian dikepala mu.. bersedia lah dalam apa jua keadaan yang bakal menjelma.. teruskan usahah untuk berubah dan membuat perubahan kerana ape yang diaturkan untuk kau pada masa akan datang adalah sangat bernilai kerana ianya mengajar sesuatu benda yang tak mampu dikecapi oleh orang lain. apa yang kau lalui, adalah yang paling indah walaupun pahit untuk kau telan , walaupun satu benda yang terjadi. tapi sedarlah kauu... cepat lahs edar.. umur makin meningkat maknanya mati kite juga makin dekat..tidak sekarang, akan datang,

apa lagi yang aku mampu tolong? ape lagi yang kau harap aku lakukan untuk kau.. aku tidak mampu merubah apa-apa sebab hanya kau yang mampu untuk lakukan pembaharuan pada diri sendiri. pergilah.. berganjaklah dari tempat yang makin tenggelam dengan jejak kaki orang yang berpusu-pusu.. kuatlah kauu..untuk tempuh semua yang bakal kau tempuh didunia nie. kalau nanti tiada siapa yang ada untuk kau. kau kena ingat, kau x pernah berseorangan, Allah bersama kau.. kau akan lebih kuat bila selalu akrab bersama-Nya.

2 comments: