Reminder

Malam, pukul 12.

Letih aku belum hilang lagi. Ujian yang Allah turunkan beberapa hari lalu menyedarkan aku supaya sentiasa berhati hati dan beringat. Jangan seronok sangat.. Jangan suka sangat.. Nanti kita yang menangis. haaaaa... namun masalah itu telah aku selesaikan hari ini. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan sepanjang aku ke sana ke mari. sikit pun tiada halangan. Begitunya sayang Allah terhadap aku. walaupun aku ditimpakan ujian dariNya. Ujian itu mampu aku hadapi. Kelemahan ku yang pelupa menjadi titik utama dalam hal ini berlaku. Bukan atas kemahuan ku, namun telah tercatat di luh mahfuz bahawa beberapa hari yang lepas, akan ada ujian untuk diri aku. kepenatan yang jarang jarang aku rasai kerana kerap hidup mewah dan santai. sekali dituunkan dugaan, Allah je tahu betapa melatahnya aku. Malu atas kesilapan sendiri. hurmm...

Tatkala aku menunggu urusan ku selesai, aku melihat disekeliling ku... ramai juga yang memenuhi tempat ini. Adakah mereka juga malang seperti aku? Satu soalan pula menerjah tanpa tegur. kemudian aku terpandang seorang makcik memegang surat seperti aku. Owh, dia sama seperti ku. dalam hati aku berbisik. Ya Allah, dalam satu masa  kau aturkan masalah @ dugaan lain buat orang lain juga. Hebatnya kau mengendalikan dunia yang dimiliki oleh berjuta juta manusia dan kau juga yang tahu apakah jalan penyelesaian untuk tiap masalah yang dihadapi oleh kami. Lailahaillah.  Betapa hebatnya kuasa Mu. 

Cuma akan datanng, aku mohon supaya jangan lah aku ditimpakan masalah seperti ini lagi. Moga ini jadi pengajaran yang kekal abadi selamanya. 

Jangan selalu senyum, jangan selalu muram.. kerana semuanya harus adil dan sama.

No comments:

Post a Comment