The Plan You Have Made.

Perkara yang mampu buat kau bahagia?

Bila orang sekeliling aku gembira dan seronok ketika bersama aku.
 " melihat mereka gembira adalah satu nafas untuk aku kembali hidup walau hati aku berkecamuk teruk "


Perkara yang paling menyedihkan pernah berlaku?

Bila orang yang kita hargai disepanjang hidup kita mengkhianati kita.



Perkara paling kau takuti?

Dibenci dan ditinggalkan oleh orang lain.
Bila aku jatuh dan aku tak mampu bangun dari kekalahan. aku takut. aku sangat takut.
Aku takut kalau lepas ini ada lagi cabaran yang mengoyakkan hati ini buat kali ketiga.



Perkara yang paling kau benci?

Ditipu dan orang yang bermuka muka.
Terpaksa berlakon baik sedangkan itu bukan aku.
Orang kaki kipas.




Perkara yang mampu buat kau diam?

Bila ditanya, apa sumbangan aku selama 20 tahun aku hidup.. kepada semua makhluk Allah, agama dan yg paling kepada diri sendiri.




Perkara yang mampu buat kau hiba?

Bila aku tidak mampu ke memori lepas dan tidak bersama mereka mereka yang bersama dan membesarkan aku. mak dan atuk. (alfatihah)




Perkara yang kau teringin nak buat?

Menyanyi dengan penuh perasaan di depan orang ramai dan menjadi hebat dalam satu perkara. Only in one thing.




Perkara yang kau selalu buat?

Puaskan hati semua orang yang berdekatan dengan aku.




Kesilapan yang kau akan buat walaupun kau tahu kesannya ?

Terlalu mudah mempercayai orang lain untuk susah senang bersama kita, padahal hati mereka tidak pernah bersama kita.




Perkara yang mampu buat kau tenang?

Muslim's Holly Book, views of lake, sea , garden and forest. Lagu ketuhanan.




Sifat yang kau takkan boleh ubah sampai bila bila?

mudah mesra,
mudah melenting,
cakap kuat kuat,
manja,
menyukai barang berwarna biru dan yang terakhir
sifat aku yang terlalu menghargai orang dan menyayangi orang. walaupun nanti orang itu takda, mereka tersimpan dalam hati aku selamanya.




kelemahan kau?

kurang keyakinan.
tidak menganggap pujian sebagai satu benda positif. ( sbb kdg kdg, orang dah puji pun aku rasa mereka menipu aku, walaupun orang yang cakap itu pakar)




kelebihan aku?

mampu mengingati orang dan nama walaupun kenal hanya dalam masa 3 hari kem.
sangat menghargai persahabatan (walaupun mereka tidak bersama aku)
mampu recall the best while in pain.



barang paling berjasa dalam hidup aku.
 
tenggiling aku JMB 5601
lappy aku
walkman aku


ada kala, dimana aku akan fikirkan, apa yang akan berlaku jika sesuatu yang menjadi rutin aku, tidak lagi menjadi rutin aku...aku akan fikirkan kesusahan yang bakal aku alami dan aku mulai bersyukur atas rezeki Tuhan kepada aku walaupun rezeki aku tak sama dengan orang lain.

Hidup kita macam kapal layar, tak pernah seimbang. kadang kadang kita stay, kadang kadang kita goyah, kadang kadang jatuh terus. bila stay kita rasa bangga, bila goyah kita mulai takut, bila jatuh kita tak tahu bila nak bangun.  macam mana tak seimbangnya kapal layar tuh, macam tulah tak seimbangnya hidup kita dan perasaan kita. tiap tiap hari kita jumpa perkara baru untuk dilakukan, ia memerlukan effort kita sama ada mahu meneruskan atau putus asa di tengah jalan. 

Aku bersyukur, di umur aku 20 tahun,aku belajar banyak perkara. aku diuji untuk mengalami pelbagai perasaan, ditinggalkan, dikhianati, ditegur, dimarahi, diterima, disukai, disayangi. aku tempuhi ini bersama Allah dihati aku. Jauh mana aku berlari, akhirnya aku akan pulang ke Dia. Dia yang selalu bersama aku bila semua makhlukNya tinggalkan aku. menangis aku Dia yang tahu, gembira aku Dia yang berikan. Hidup aku akan selalu bergantung pada-Nya sampai aku mati.

harapan aku, semoga mereka yang sekarang sudi berkawan dengan aku akan kekal setia berkawan dengan aku sehingga ke saat aku yang terakhir. harapan aku semoga mereka juga merasai sesuatu didalam hati mereka supaya nanti mereka makin tabah dalam menjalani kehidupan mereka, dan aku harapkan setiap mereka yang sekarang kalah, bangun lah secepatnya. sebab tiada lagi masa yang akan menunggu kita untuk sedar dari kesilapan. mereka akan terus berlari meninggalkan kita, dan kita harus berlari mengejar mereka walaupun sudah jatuh terduduk dan tidak mampu bergerak lagi. 

kuatkan semangat aku setiap kali aku mula rasa penat dan letih,
sedarkan aku dari awal sebelum aku terleka,

berlarilah kawan, berlari lah ke tempat yang paling kau mahu tuju kerana kau tahu sinar harapan kau disitu.. carilah kebahagiaan yang Allah dah sediakan. kekalkan Iman dalam hati dan sentiasa kuatkan semangat walaupun jatuh teruk. ya Allah kuatkan aku.. Kuatkan aku walaupun nanti aku nazak menghadap  malaikat maut.


4 comments:

  1. i'm speechless.... no matter what happen... stay awesome!! muahh... xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks alot but then.. who are you sis/ bro?

      Delete
  2. (^_^) Finally, ada jugak mende yang aku faham baca kat ruang ko ni man.. Iman adalah seorang yang kuat.

    ReplyDelete