kesedaran dan kematangan

Salam guys.. lagi 3 minggu aku akan naik ke sem 2 plak. 

ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala yang bakal berlaku pada masa akan datang, tabahkan aku dan kuatkan ingatan ku untuk selalu berada dekat dengan mu ya Allah..

Kadang- kadang kita tak boleh rasa selesa dengan pencapaian yang kita ada sekarang sebab semua yang kita ada sekarang ni hanya pinjaman Allah semata-mata. huhu.. keraplah bergantung pada Allah dan jangan pernah putus asa dalam mengejar sesuatu. semalam, hari yang penting dah mengajar aku sesuatu yang bernilai dalam hidup aku untuk terus maju kehadapan. Apa yang aku tahu sekarang nie, rasa selesa, adalah yang rasa tak elok dalam mengejar ape yang kita belum pasti. bukan apa, kengkadang bila kita rasa selesa, kita lupa untuk terus berusaha dan lupa bahawa ada orang yang lagi hebat dari kita. 

ingat lah bahawa pahit manis tak selalu lama. bila kenangan  manis berlaku pada kita, ada orang yang x pernah merasai kemanisan yang kita rasai waktu tersebut. dan bila kita rasa pahit, terluka yang terlampau sampaikan kita rasa tak ada apa yang boleh bantu kita, ingatlah bahawa ada lagi orang mendapat kepahitan yang lagi teruk daripda kita. dan sedarlah yang kekecewaan yang diutuskan adalah peringatan untuk tidak kekal di dalam zon selesa. sepatutnya kita kene selalu beringat dan berusaha sehabis baik dalam tiap-tiap tugasan.

takdir kita terhadap sesuatu, kita yang boleh ubah. bukan orang lain. semuanya pada kita.. bila kita x buat ape-apa perubahan yang nyata..selayaknya kite mendapat keputusan yang lemah. walaupun kita rasa kita telah usaha yang terbaik, tapi masih ada lagi lompang-lompang yang tak cukup untuk diri kita. tabah dan sabar lah. Allah sedang menduga kita. Allah nak kita buat perubahan sehabis baik dan berikan kita peluang kedua dalam mencuba untuk membaik pulih keputusan kita. buat azam yang baru dan teruskan usaha dengan lebih gigih lagi. kejayaan kita bergantung pada perubahan sikap kita.

Jangan putus asa, jangan juga menyesal dengan ape yang terjadi kerana semua yang telah berlaku adalah kehendak Allah dan mempunyai hikmah dibelakangnya. kuatkan semangat .kumpul semua kepercayaan yang kita ada daripada sekeliling kita dan teruskan maju kehadapan. bangkit semula untuk beroleh kejayaan yang lebih hakiki.

ya Allah, kalau dah itu yang kau aturkan untuk ku ya Allah. Aku pasrah ya Allah. ampunkan lah semua dosa-dosa yang telah aku lakukan terhadap mu dan juga sesama insan di dunia ni. aku mohon kepada mu ya Allah, berikanlah kekuatan pada diri ku dalam menempuh segala yang telah kau aturkan untuk ku. tabahkanlah hati ini dalam menerima segala jenis berita yang bakal disampaikan kepada ku. kukuhkan iman ku terhadap mu ya Allah. kau telah berikan peringatan yang terhebat dlm hidup ku. aku takkan lupakan sejarah semalam yang telah menciret beribu duka pada diri ku. hanya kepada mu aku berserah ya Allah. amin ya rabbal alamin.


No comments:

Post a Comment