Appreciation


Sedang balik dari kelas, tiba-tiba, terdetik hati Iman untuk melihat kondisi Cik T. Cik T adalah motosikal tunggangan Iman yang diberikan supaya dapat memudahkan pergerakan Iman di kampus. 
Kerisauan terdetik, pabila kelihatan minyak keluar dari enjin sisi bahagian kanan.

" lah ni kenapa pulak?" monolog berseorangan.

Matanya mula meliar ke arah motosikal lain yang berparkir di tempat yang sama.

" tak da leaking pun, kenapa moto aku je leaking pulak ni, haddoi.." Iman mencangkung.

Mata mula keliaran disekitar bawah motosikal tersebut. Kelihatan minyak menitis keluar dari tempat yang tidak sepatutnya. Terus dia teringat flashback bersama ayah ketika menghantarnya masuk ke kampus 3 minggu lepas.

" Moto angah ni, ada leaking tau.. tapi ayah dah gam.. esok esok cuba tgk.. harap tak bocor lah.. sebab kalau bocor, banyak keje kena buat ni." Iman seakan angguk tak ambil peduli ketika itu.

Baru sekarang dia teringat.

"Laaahhh, kenapa baru sekarang aku ingat. teruk dah " kesihatan" Cik T ni. Kesian dia. Hurm, aku kene hantar gi kedai lah ni. Harap tak kena cas tinggi, kalau tak mabuk aku."

Iman siap menelefon ayahnya dan bertanyakan perihal tersebut. Ayah mencadangkan untuk singgah ke kedai moto untuk mengetahui masalah yang berlaku.

" Sekarang pukul 10, aku makan sat lagi pukul 12, 12.30 ptg aku pergi lah kedai moto."

Tiba waktunya, dia buat perkara yang dirancang. Dalam kepalanya hanya teringatkan perihal kesihatan Cik T. Cik T banyak berjasa kepadanya sejak sem 1 lagi. Diusung motosikal itu penuh bangga. Kalau org lain sebuk berkereta. Dia langsung tidak peduli. Asalkan bersama Cik T, kemana je dia akan teroka. Cik T Si Shogun 125.

Setibanya dia di kedai,

" Uncle, kasik tengok ini moto. Kenapa ada leaking? macam pelik lah. Uncle kasik tau saya boleh kah?" perbualan berbahasakan slang cina.

" ok, ok. Uncle kasik tengok. tunggu sikijap aaaa"

lepas 10 minit, 

" Adik, ini Uncle sudah gam sikit, esok esok kalo ada leaking U hantar balik sini. Uncle kasik check aaa"

" ok Uncle.. sudah siap ea? berapa.. ?"

"4 linggit"

" ok ok.." Iman menghulurkan not 10 dan pulangan yg  diterima ialah RM6.

" Uncle, thank you aaa" Iman melambaikan tangan dan  mula beransur.

Di atas moto Iman keriangan, Cik T sihat sedikit. Walaupun perlu di-observe Cik T dalam masa 2 hari ni. Takpa lah. Janji, Cik T ada dengan Iman. Iman mula membayangkan kehidupannya sebelum kedatangan CIK T semasa sem 1. Dia perlu menunggu bas hampir satu jam tiap tiap kali pulang dari kelas memandangkan fakultinya jauh dari induk. Itu menyukarkan lagi perhubungan Iman bersama pengangkutan. Kedatangan Cik T di hujung sem 1 telah membantu Iman dalam menyelesaikan masalah yang berkenaan dengan masa dan punctuality ( ketepatan). Bersama Cik T pergerakan Iman semakin lancar. Masa dapat dijimatkan dan Iman juga boleh bergerak membeli barang , ke sana dan kemari tanpa perlu memikirkan tentang masalah pengangkutan dan kewangan. 

Iman mula sedar akan sesuatu.

" Aku kena mula hargai tiap barang yang aku ada mulai sekarang dan sampai bila bila. Aku kena jaga elok elok dan ambil peduli dengan barang barang yang aku ada supaya, mereka dapat kekal berkhidmat bersama aku dengan lebih lama. kalau Cik T meragam lagi. sudah tentu hidup aku akan susah lagi lepas ni "

Walaupun mereka tak bernyawa, tapi sikap menghargai sesuatu perlu ada dalam setiap individu supaya kita sentiasa sedar yang hidup ni akan selalu ada sifat kebergantungan dengan makhluk @ benda lain. 

Hargailah, tiap apa yang kau ada, tiap apa yang kau temui dan usah merungut.
Kerana yang datang itu atas kehendak Allah, dan ujian itu juga atas kehendakNya.
Hargailah apa jua pahit manis yang kau terima,
Disebalik pahit manis itu, akan ada pengajaran yang bakal kau temui nanti.
Hargai semuanya,
Baik Manusia, haiwan, tumbuhan mahupun kebendaan.
Kerana kita tidak akan lepas dari sifat mengharapkan bantuan dari pihak lain.

#prayforcikT'sheatlh.


No comments:

Post a Comment